Home / Regular Issue / JTAS Vol. 11 (2) Sep. 2003 / JSSH-0167-2003

 

Model Pembangunan Komuniti

Mohammad Shatar Sabran

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 11, Issue 2, September 2003

Keywords: Komuniti, pembangunan komuniti, model pembangunan komuniti

Published on:

Semenjak Malaysia mencapai kemerdekaannya pada tahun 1957, pelbagai projek dan program telah dijalankan oleh pihak kerajaan untuk membantu masyarakat miskin di negara ini. Pihak kerajaan telah membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk memastikan hasrat dan tujuan untuk membebaskan masyarakatnya daripada belenggu kemiskinan tercapai. Walaupun fenomena kemiskinan di negara ini telah menurun, bilangan golongan miskin masih lagi tinggi terutamanya di kawasan luar bandar. Salah satu punca mengapa dan kenapa keadaan sebegini berlaku adalah disebabkan kegagalan dan kurangnya keberkesanan dasar dan strategi pembangunan komuniti ataupun desa yang dilaksanakan. Model Pembangunan Komuniti yang memberikan penekanan kepada lima elemen utama dipercayai mampu untuk membantu menyelesaikan masalah kemiskinan terutamanya masyarakat yang tinggal di luar bandar dengan lebih berkesan. Di antara lima penumpuan utama di dalam model ini ialah pemimpin masyarakat, masyarakat tempatan, teras pembangunan komuniti, proses pembangunan komuniti dan hasil pembangunan komuniti. Model ini menjelaskan dengan terperinci proses yang perlu dilalui oleh setiap masyarakat atau agensi yang berminat untuk membantu golongan miskin di negara ini melalui projek-projek yang dijalankan. Dengan mengikuti proses yang dicadangkan oleh model ini, bukan sahaja masalah kemiskinan dapat diselesaikan dengan berkesan, malah ia mampu untuk membantu Negara membuat pelaburan di dalam projek-projek pembangunan masyarakat yang mencapai matlamat penubuhannya.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0167-2003

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles