Home / Regular Issue / JTAS Vol. 13 (1) Mar. 2005 / JSSH-0195-2005

 

Apakah Nilai Kerja Pekerja Kilang?

Zakaria Kasa

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 13, Issue 1, March 2005

Keywords: Nilai kerja, soal selidik, pekerja kilang, autonomi, kreativiti

Published on:

Tujuan kajian ini ialah untuk menentukan nilai kerja di kalangan pekerja kilang di daerah Hulu Langat, Selangor. Sebanyak 451 orang pekerja kilang telah dipilih secara rawak untuk menjadi sampel kajian. Soal selidik digunakan untuk mengumpul data tentang latar belakang dan nilai kerja responden. Dapatan menunjukkan pekerja kilang menganggap jaminan pekerjaan, perkembangan kerjaya, ganjaran ekonomi, keadaan tempat kerja, kreativiti, gaya hidup dan hubungan antara pekerja penting kepada mereka. Mereka tidak begitu mementingkan nilai kerja autonomi dan prestij. Selain itu, data menunjukkan terdapat perbezaan yang signifikan antara pekerja lelaki dan perempuan bagi nilai kerja kreativiti, hubungan antara pekerja dan autonomi. Pekerja lelaki didapati lebih mementingkan nilai-nilai tersebut berbanding pekerja wanita.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0195-2005

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles