Home / Regular Issue / JTAS Vol. 14 (2) Sep. 2006 / JSSH-0214-2006

 

Tahap Keprihatinan Alam Sekitar dan Amalan Kepenggunaan Hijau Pengguna di Petaling Jaya, Selangor

Mohamad Fazli Sabri & Teoh Yong Yong

Pertanika Journal of Tropical Agricultural Science, Volume 14, Issue 2, September 2006

Keywords: Keprihatinan alam sekitar, kepenggunaan hijau, produk hijau, pengguna

Published on:

Kajian ini bertujuan untuk mengkaji tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau pengguna di Petaling Jaya, Selangor. Seramai 80 orang pekerja daripada syarikat Schmidt BioMedTech Sdn. Bhd. telah dipilih sebagai responden menggunakan kaedah pensampelan sistematik. Maklumat dikumpul menggunakan borang soal selidik yang diisi sendiri oleh responden. Data yang diperoleh telah dianalisis dengan menggunakan 'SPSS for Windows'. Lebih daripada 70% responden mempunyai tahap keprihatinan alam sekitar yang tinggi tetapi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan responden adalah sederhana. Kebanyakan responden kadangkala menggunakan produk hijau dan sumber utama mereka mendapatkan maklumat tentang produk hijau adalah melalui surat khabar dan televisyen. Responden mempunyai persepsi yang positif terhadap produk hijau. Analisis terperinci mendapati terdapat perkaitan yang positif dan signifikan di antara tahap keprihatinan alam sekitar dan amalan kepenggunaan hijau (r=0.301, p<0.01). Ini bermakna semakin tinggi tahap keprihatinan alam sekitar, semakin tinggi tahap amalan kepenggunaan hijau dalam kalangan pengguna. Hasil kajian ini member implikasi bahawa pihak kerajaan, pengguna, organisasi perniagaan, persatuan pengguna dan organisasi bukan kerajaan yang lain mempunyai tanggungjawab bersama terhadap pemeliharaan alam sekitar.

ISSN 1511-3701

e-ISSN 2231-8542

Article ID

JSSH-0214-2006

Download Full Article PDF

Share this article

Recent Articles